Kita sentiasa dinasihatkan untuk mencari pasangan yang sama darjat, bukan kerana duit semata tapi kerana kehidupan selepas kahwin besar tanggungjawabnya. Penceraian akan berlaku akibat selisih faham yang terlalu kecil dan selalunya ia pasti akan berkait dengan duit apatah lagi jika suami mengambil pinjaman hanya untuk memuaskan hati isteri.
Disebabkan itu kita kena pilih pasangan yang boleh memahami, yanng faham tak semua kemahuan boleh dituruti. Seorang pengguna media sosial, Ustaz Anas (@anasjamaluddin85) di TikTok membuka mata apabila seorang individu mengadu tentang isu tuntutan cerai yang terjadi akibat nilai nafkah yang diberikan kepada si isteri rendah.
Video tersebut menunjukkan lelaki tersebut datang kepada Ustaz Anas dalam keadaan kusut dan serabut serta tangannya juga berwarna kuning.
Apabila ditanya, individu tersebut menceritakan kejadian yang berlaku kepada dirinya yang menerima surat tuntutan cerai dari mahkamah ketika dia sedang menggaul ikan dengan kunyit untuk makan, namun hilang rasa lapar apabila menerima perkhabaran itu.
“Isteri saya menuntut cerai atas sebab nafkah yang diberikan kurang, tetapi ini semua disebabkan hawa nafsunya juga.
“Hutang saya makin bertimbun kerana isteri mahu melahirkan anak di hospital swasta sehingga saya terpaksa membuat pinjaman peribadi yang banyak,” jelasnya kepada Ustaz Anas.
@anasjamaluddin85 Pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan berumahtangga. Jamgam sampai gadaikan kebahagiaan demi kehidupan di luar kemampuan kita. #mahkamahsyariah #cerai #akuterimanikahnya #nasihatguaman #abangajnasihat #fasakh #taklik #setiavscurang #kisahbenar #nafkah #semogamembantu
♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾 – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾
Antara komen netizen:
Ukur baju dibadan sendiri, lebih baik hidup simple daripada serabut dibelenggu hutng,” komen Iza Nasir.
“Dah dapat suami baik, macam ini pula. Belajarlah bersyukur wahai isteri, suah nak dapat suami yang baik dan setia,” komen Hanna.
“Saya tak kisah berkenaan nafkah asalkan cukup makan untuk anak-anak sahaja saya dah terima. Sebab saya faham suami saya gaji tak besar, saya pula hanya suri rumah,” komen Bunga.
Sebagai seorang isteri fahamilah suami bekerja mencari rezeki bukan untuk melunaskan hawa nafsu kamu tapi untuk memberikan keluarganya kesenangan dan lihatlah kemampuan suami sebelum kamu membeli apa-apa agar tidak membebankan.
Baca Juga: Polis keluar 16,163 saman, paling banyak babit penunggang motosikal langgar lampu isyarat
baca Juga: Hebatnya kasih seorang ayah demi lihat anak bahagia