Hanya kerana isteri berdegil tidak mahu turunkan berat badan, si suami akhirnya ketagih layan video lucah dan tidak lagi menyentuhnya hampir setahun. Bila perkahwinan dibina atas faktor luaran sahaja maka inilah yang terjadi.
Menerusi perkongsian @ConfessTweetMY, si isteri menceritakan bahawa dia sanggup menguruskan badannya hanya kerana mahu berkahwin dengan suaminya yang mahukan isteri berbadan kecil.
“Aku 29 tahun, suami aku 33 tahun. Dah kahwin 4 tahun. Aku start kenal suami aku, dia kerja offshore. Orangnya tinggi hitam manis sikit, kurus tegap.
“Berbeza dengan aku dari zaman anak dara memang berat. Tinggi aku 154cm, berat badan 85kg dan aku berkulit cerah dan ada lesung pipit. Mungkin sebab tu suami aku tertarik.”
Dari awal perhubungan lagi, wanita itu mendakwa suaminya tidak suka perempuan bertubuh besar namun tidak di endahkan wanita tersebut. Namun sebab nak juga berkahwin dia sanggup turunkan berat badan sehingga mencapai 65 kilogram (kg).
Selepas melahirkan anak pertama mereka, berat badan wanita tersebut naik mendadak hingga mencecah 95 kg dan dia sebolehnya tidak mahu menguruskan badan, keputusan wanita ini menyebabkan suami tidak ‘sentuh’ dirinya selama setahun.
“Sekarang aku baru dapat hidayah nak kuruskan badan sebab kaki aku sakit kalau solat dan sampai sekarang masih teruskan diet. Aku suri rumah je, jaga anak tapi bila suami kerja aku suka makan sedap-sedap. Melantak je.”
Hanya batin tidak dipenuhi, wanita itu dakwa suami tidak pernah terlepas memberi nafkah kepadanya malah segala turutan dipenuhi termasuklah pergi melancong.
Suami mula layan video lucah
Apabila si suami sudah mula ketagih layan video lucah, maka waktu bersamanya sudah dikurangkan. Malah suaminya memberi kata putus untuk memikirkan semula hubungan jikalau tiada perubahan pada wanita tersebut.
“Aku check telefon dia sekali history dia, dia layan porn. Aku kecewa dia layan porn entah lah mungkin sebab dah lama tak dapat tapi bab ni memang lelaki aku salah. Aku tak pernah tegur suami. Aku teruskan je diet macam biasa.
Wanita tersebut juga menasihatkan kepada wanita lain untuk menjaga badan demi kesihatan sendiri dan juga mendoakan dirinya untuk kekakl istiqomah untuk diet.
Baca Juga: Kanak-kanak ini dapat 7 serangan jantung akibat disengat kala jengking
Baca Juga: Ayah jenis apa merokok di tempat makan bersama isteri dan anak-anak?