Suka hati je nak undur sebab terlepas simpang, lelaki bengang hon kenderaan sampai jalan

Pastinya ada golongan yang memilih jalan pintas dengan mengundur apabila terlepas simpang untuk keluar dari ‘highway’ namun tindakan sebegini boleh menyebabkan bahaya kepada pemandu lain.

Dalam video yang dikongsi di Facebook DashCam Owners Malaysia, dapat dilihat satu kenderaan yang memberikan lampu kecemasan duduk di bahu jalan sedang mengundur untuk ke simpang yang boleh dikatakan agak jauh dari kedudukannya sekarang.

“Ini jenis bangang yang boleh bahayakan nyawa orang lain, kalau dah terlepas simpang carilah jalan lain untuk pusing kat depan tu.

“Aku bukan tak nk masuk lane tengah tu, tapi kenderaan tengah banyak kat belakang, laju-laju pula kang sebab nak bagi kau mengundur, aku pula kena langgar dari belakang.”

Siap keluarkan tangan suruh potong

“Kau keluarkan tangan suruh aku potong, memang tak la aku nk bagi muka. Sampai semput hon kereta aku, sampai abang bas pun tolong hon kan sekali.”

Di ruangan komen netizen dilihat bersetuju dengan tindakan tersebut kerana kenderaan tersebut boleh membahayakan penunggang motosikal yang menggunakan lorong terbabit.

Baca Juga: 10 tahun pihak berkuasa suruh sabar, pakcik ini nekad memancing di jalan berlubang sebagai tanda protes

Baca Juga: Pak guard dilibas meninggal dunia tertuduh mungkin berdepan Seksyen 302 kerana membunuh