Selepas pendedahan mengenai kes penceraian Fuad bersama isteri, timbul pula kisah percintaan kembali terjalian di antara Tom dan Fuad. Namun Tom menyangkal dakwaan dialah punca keretakan hubungan peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) itu.
Memetik Harian Metro, Tom memaklumkan Fuad dan isterinya dah lama mengalami masalah rumah tangga dan dia tidak akan sesekali mengganggu kebahagiaan rumah tangga orang lain.
“Saya tak ada kena mengena dengan perceraian Fuad dan isterinya. Kalau nak diikutkan rumah tangga mereka sudah berantakan sewaktu program GV9 lagi. Perkara itu boleh ditanya kepada keluarga dan isteri Fuad.
“Kalau mereka masih bersama, saya pun tak berani nak kenal Fuad. Hanya Fuad dan isteri serta keluarga saja yang tahu apa masalah yang berlaku sehingga mereka berdua nak bercerai.
“Netizen boleh cakap apa saja dan saya tak takut sebab masalah yang berlaku bukan disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi masalah peribadi,” katanya.
Tak mahu Fuad kembali dalam kancah penyalahgunaan dadah
Bagi Tom, dia membuka kembali pintu hati untuk terima kehadiran Fuad adalah kerana dia tidak mahu Fuad untuk terbabit lagi dalam kancah penyalahgunaan dadah.
Tom dan Fuad pernah menjalin hubungan pada tahun 2005 sebelum hubungan mereka terputus pada tahun 2010.
“Hubungan kami masih baru dan saya akui pasti ada dugaan dan masalah yang akan datang. Jadi, saya ikut saja apa yang sudah ditentukan.
“Saya sayangkan Fuad dan nak jaga dia supaya tidak terbabit dengan kes yang berlaku. Sebelum ini dia ada terfikir ke arah itu ketika kecewa dengan apa yang terjadi, tapi saya tak nak perkara yang tak elok berlaku kepadanya lagi,” katanya.
Baca Juga: Dapat bekalan durian dari Malaysia, Musang King dijual serendah RM32 sebiji di Singapura
Baca Juga: Anwar terima kunjungan hormat dari TPM Thailand hari ini