Nabila Razali kembali dengan gimik gambar kahwin untuk promosi single terbaru, namun netizen lebih mengkritik nyanyiannya yang dilihat agak hancur ketika menyanyikan nada tinggi.
Baru-baru ini Nabila dilihat ‘gagal’ melontarkan nada tinggi ketika menyanyikan Aku Terluka secara ‘live’ pada majlis pelancaran lapor Harian Metro.
Rata-rata warga maya meminta Nabila memilih lagu sesuai dengan vokalnya dan mengelak merakamkan lagu bernada tinggi kerana tidak semua penyanyi boleh menyanyi nada tinggi yang bagus.
“Kalau tak boleh nyanyi ‘high note’ (nada tinggi), jangan bagi lagu gini (begini) kat (dekat) dia boleh tak. Kesian la dia,” luah seorang warga maya.
”Steady’ kak Nab, memang bakat terpendam yang mungkin selamanya boleh dipendam,” kata seorang netizen lagi.
“Kadang kesian kat dia ni. Suara dia ok je kalau bukan ‘part’ (bahagian) nada tinggi. Tapi, tak tau kenapa dia tetap pilih lagu ‘high note’ (nada tinggi) yang macam terlalu tinggi untuk suara dia,” tulis seorang warganet.
Terima kritikan, Nabila sertai kelas vokal
Walaupun dikatakan vokal tak seteruk dulu, Nabila lebih berhati-hati dan terus memperbaiki kualiti nyanyian dengan menyertai beberapa kelas vokal.
“Saya tak boleh tipu, malah pandangan orang sentiasa bermain di fikiran. Saya risau vokal tidak sampai dan macam-macam lagi. Tapi, saya terima setiap kritikan dan sehingga sekarang masih belajar memperbaiki vokal dan nyanyian.
“Saya juga memang kuat gementar. Kalau ‘show’ biasa pun gementar, apatah lagi persembahan skala besar,” katanya.
Baca Juga: Akibat rogol kenalan TikTok hingga lahirkan anak, lelaki dipenjara tujuh tahun dua sebatan
Baca Juga: [VIDEO] Gadis ini terlalu pantas tekan kalkulator, netizen seloroh risau jari dia pula patah nanti