Tak lupa Bahasa Malaysia di negara orang, Khairul Aming dapat pujian warganet

Nama Khairul Aming bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Indonesia juga dia antara pempengaruh yang dikenali. Dia telah terpilih untuk menjadi salah satu dari wakil Malaysia untuk majlis Tiktok For You Stage di Indonesia pada minggu lalu. Khairul juga dipuji kerana kekal menggunakan bahasa Malaysia dalam ucapan yang diberikan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh usahawan yang berusia 30 tahun itu di media sosial miliknya, dia bukan sahaja berkongsi kisah inspirasi sehingga berjaya malah mengakui kejayaan yang diraih adalah berkat sokongan pengikutnya di media sosial.

@khairulaming

Sepatah dua kata dari team creator Malaysia 🇲🇾🥹 #TikTokForYouStage @TikTok For You Stage @tiktokIDofficial

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

“Saya buat video masak dah 5 tahun. Ada yang menggunakan video masak itu untuk keluarga, di rumah sewa, dan ada juga yang menggunakan video saya untuk ‘business’ dari rumah.

“Kisah-kisah ini semua lah yang memberi inspirasi kepada saya walaupun video itu hanya berdurasi satu minit.”

Warganet jelas berbangga dengan Khairul Aming kerana tidak melupakan Bahasa Malaysia ketika di negara orang.

The best part KA still cakap bahasa melayu, sebab sesetengah daripada kita akan auto cakap Indonesia. Proud,” komen Memey.

“Terharunya bila KA buat ucapan guna Bahasa Malaysia,” komen warganet.

“Sebelum dia kaya duit, dia dh kaya jiwa. Sebab tu la dia kaya duit sekarang. Semoga terus berjaya bro,” komen Anok.

“Suka sangat Khairul Aming tetap bangga cakap Bahasa Malaysia, tak ada cuba ikut cakap Bahasa Indonesia,” komen Hadilah

Baca Juga: Rosakkan kolam Deepavali, pemuda dan perakam direman tiga hari

Baca Juga: Tiket balik mengundi terlalu mahal, mahasiswa tuntut diskaun 50 peratus atau SPR benarkan undi pos