Tak mahu maafkan suspek, hati isteri luluh lihat suami sudah tak bernyawa

Kita dinasihati untuk senyap ketika marah kerana bimbang sesuatu terjadi dek kerana marah membelenggu diri. Luluh hati seorang wnaita melihat suaminya sudah tidak bernyawa selepas terlibat dalam satu pergaduhan dengan suspek yang juga penduduk kampung di Kampung Parit Tok Angah, Tanjung Piandang.

Sarimah Ahmad, 51, isteri kepada mangsa yang rebah dan meninggal dunia selepas terlibat pergaduhan dengan seorang lelaki yang dikenalnya berkata, dia mahukan keadilan terhadap kematian suaminya, Mahadzeb Salleh, 47 lapor Utusan.

Tidak pernah terlintas di mindanya pergaduhan tersebut akan berakhir dengan kematian dan menegaskan bahawa dia tidak akan memaafkan suspek serta mahu menuntut keadilan atas kematian suami.

“Saya tidak akan memaafkan lelaki tersebut sampai bila-bila dan saya mahukan keadilan. Saya berharap agar pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal terhadap suspek,” katanya.

Sarimah yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran berkata, dia terus ke lokasi kejadian sejurus berita tersebut sampai kepadanya namun hati seorang wanita pastinya hancur melihat suami rebah dan tidak lagi bernafas.

“Semasa saya sampai, saya melihat arwah suami terbaring tidak sedarkan diri berhampiran motosikalnya. Saya dekati suami dan mendapati beliau tidak lagi bernafas, ini membuatkan hati saya luluh,” katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 5 petang semalam, mangsa meninggal dunia selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang leĺaki yang dikenalinya. Berikutan itu, polis menahan reman suspek selama tujuh hari mulai hari ini hingga 31 Oktober ini.

Baca Juga: Wah! Ingatkan naik motor je pakai topi, jawab periksa pun pakai topi

Baca Juga: Pakai niqab tapi mata cantik, Ustazah Asma’ tegur tujuan pakai niqab supaya tidak tarik perhatian orang