Apabila sudah lanjut usia, barangan mewah tidak lagi menjamin kebahagiaan buat pemiliknya. Disebabkan itu Chef wan snaggup mengeluarkan duit dengan membayar jururawat peribadi hampir RM6,000 setiap bulan bagi menjaga ibunya.
Umum sedia tahun ibu Chef Wan, Noraini Abdullah dengan usia mencecah 90 tahun menghidap demensia. Jadi wang digunakan sebaiknya buat kesihatan dan keselesaan ibunya
“Banyak beza antara pembantu rumah dengan jururawat profesional yang tahu bagaimana menguruskan demensia atau kehilangan memori dan pesakit kanser.
“Bagi saya tidak mengapalah, sebab duit boleh dicari tetapi ibu adalah segala-galanya bagi saya.”
Tak perlu barang berjenama, hanya berikan penjagaan terbaik
“Kita semua kena selalu berikan penjagaan terbaik selagi boleh untuk membolehkan dia gembira dan selesa. Tak payah beli kasut Gucci atau beg Prada lagi.
“Ibu bersama jururawat demensia atau kejururawatan kanser. Orang dari Sabah yang bekerja selama empat tahun sebelum ini di rumah jagaan dan menjaga pesakit yang tenat,” katanya.
Hanya jaga waktu siang
Chef Wan memaklumkan tugas jururawat tersebut hanya pada waktu siang kerna dia mahu ibunya dipantau oleh pakar manakala waktu malam ibunya dijaga oleh Chef Wan sendiri smabil dibantu pembantu rumah.
Wang boleh dicari namun emak adalah satu-satunya perkara paling bermakna dalam hidup katanya dalam kapsyen di sosial media.
“Ejen mereka mengenakan bayaran RM180 sehari dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari iaitu sebulan lebih kurang RM5800 ke lebih dengan OT (bayaran kerja lebih masa).
“Biar mereka bermesra dahulu sesama mereka ketika mak saya masih sihat sedikit. Apabila tiba masanya dia boleh menanganinya dengan baik.
“Buat masa ini hanya waktu siang saja kerana pada waktu petang ada saya dan pembantu rumah masih boleh untuk mengendalikannya.”
Antara komen netizen
Baca Juga: ‘Tudung RM10 dah cukup lindungi auratku’ – Ini bukti wujudnya jurang pendapatan langit dan bumi
Baca Juga: Gara-gara ubah suai Toyota ke Ferrari, lelaki berdepan dakwaan memalsu dan melanggar cap dagangan