Setelah dua tahun pandemik dan menghirup udara di sebalik pelitup muka, rakyat Malaysia kini tidak perlu lagi menggunakan pelitup muka di dalam bangunan atau tempat tertutup berkuatkuasa serta merta.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemilik premis diberi pilihan untuk terus meminta orang ramai memakainya dalam premis mereka atau tidak.
“Berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan tempat tertutup kini adalah suatu pilihan.
“Bagaimanapun pemilik premis boleh tentukan wajib pakai atau tidak. Sekarang kita serahkan kepada pemilik premis. Kalau pemilik premis putuskan kena pakai, maka kena ikut kehendak pemilik premis,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara petang ini.
Baca Juga: Pendedahan di luar jangkaan, Youtuber sendiri tak sangka pelakon remaja mahu kongsi kisah tersebut
Baca Juga: Justin Bieber umum konsertnya di Malaysia bulan depan dibatalkan mahu utamakan kesihatan