Tak habis lagi isu penunggang motosikal tendang cermin sisi kereta gara-gara masuk mahu memintas, kini seorang lelaki bertindak mencabut nombor plat dan rosakkan cermin sisi kereta lain yang dikatakan menyusahkan kenderaannya untuk keluar selepas double park.
Dalam klip video yang dimuat naik di facebook DashCam Owners Malaysia, seorang wanita dilihat menjaga kenderaan yang sedang mengundur untuk kleuar dari tempat letak kereta.
Selepas berjaya keluar dengan selamat, seorang lelaki yang juga pemandu bertindak meletak kenderaan sebentar sebelum meluru ke kenderaan perodua Myvi dan mencabut no plat kereta tersebut.
Apa yang dapat dilihat daripada video tersebut, jarak untuk kenderaannya keluar adalah amat luas walaupun salah kereta Viva itu menghalangnya namun tiada kesukaran untuknya keluar.
Komen netizen:
“Double park tak elok, tapi ruang luas untuk kereta tersebut keluar. Bukan kena undur-kedepan berbelas kali untuk keluar tapi perangai khianat boleh dikira kategori vandalisma juga. Sudahlah parking kat pili bomba, tu pun salah juga,” komen Hafiz.
“Biasanya double parking dalam RM30, kalau parking kat pili bomba RM300, kalau report polis buat saman sivil? Tengok hakim macam mana biasanya kalau trauma dan emosional damage up to 20,000,” komen Arman.
Ramai juga yang menyokong tindakan lelaki terbabit sebagai pengajaran untuk kenderaan lain tidak double park.
“Kalau bolehlah double park tu dah tentulah majlis dah buat kotak double parking Encik, kenapa perbandaran tak buat? Sebabnya akan menyusahkan semua pengguna jalanraya yang lain.
Jalan yang sedia ada untuk dua hala menjadi satu jalan. Jangan biasakan buat benda yang salah. Salah tetap salah. Sebab kalau yang tak mahir tu keluarkan kenderaan terlanggar tak pasal-pasal kita di tuduh salah walhal kita tak sepatutnya hadap benda tu,” komen Mawar.
Betul double parking memang salah, namun merosakkan harta orang juga adalah satu kesalahan. Jadi berfikirlah sebelum membuat satu tindakan, bimbang salah siit boleh jadi kerugian besar buat kita nanti.