Cuti sekolah dan cuti perayaan ini cukup sinonim dengan jalan sesak dan perjalanan yang selalunya pendek mampu mengambil masa berjam-jam. Plus Malaysia Berhad (Plus) jangka 1.9 juta kenderaan bakal menggunakan lebuh raya sempena perayaan Deepavali.
Cuti Deepavali yang juga bersambung dengan cuti sekolah akan bermula hari ini sehingga 26 Oktober. Jadi bagi yang ingin pulang ke kampung halaman, pastikan anda merancang perjalanan anda untuk mengelakkan kesesakkan.
Ketua Pegawai Operasi Plus Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membantu orang ramai merancang perjalanan mereka selain membantu syarikat konsesi lebuh raya itu mengagihkan trafik yang bergerak di pelbagai destinasi.
“Jadual TTA ini boleh juga boleh dirujuk di laman sesawang www.plus.com.my serta saluran-saluran media sosial Plus. TTA bertujuan mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuh raya terutama di lokasi kritikal, plaza tol dan kawasan rehat sepanjang musim perayaan itu,” menurutnya dalam kenyataan, malam tadi.
Bagi pengguna dari Lembah Klang yang akan pulang ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor anda dinasihati untuk memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi.a
Manakala pengguna dari negeri terbabit yang bergerak ke Lembah Klang bermula 24 hingga 26 Oktober, memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi lapor Harian Metro.
Katanya, Plus dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan mengaktifkan Ujian Awam SmartLane di laluan Bukit Tambun-Plaza Tol Juru dan Sungai Petani Selatan-Hentian Sebelah Tikam Batu bagi mengurangkan kesesakan.
Zakarian berkata, Plus juga akan memastikan tiada penutupan lorong atau kerja penyelenggaraan serta naik taraf atau pembinaan dilaksanakan di lebuh raya kendaliannya antara 21 hingga 25 Oktober bagi memastikan tiada gangguan terhadap perjalanan orang ramai.
Beliau turut memaklumkan seramai 512 anggota Plusronda akan berada di lebuh raya untuk membuat rondaan dan membantu orang ramai, yang menyaksikan peningkatan lapan peratus berbanding hari biasa.
Baca Juga: Bukan setakat turap jalan je, inilah masa yang paling sesuai untuk ‘bodek’ calon-calon YB
Baca Juga: 21 juta rakyat dijangka turun mengundi, inilah masa untuk pilih kerajaan baru