Di zaman sekarang begitu susah mencari pahala namun sangat senang untuk mendapat dosa. Seorang tukang jahit sanggup memolak rezeki pengguna yang mahukan seluar mereka untuk di alter menjadi lebih kecil dan ketat untuk dipakai mereka.
Video kedai tersebut dikongsikan seorang pengguna TikTok @cikpika_pika_ii yang tidka mahu bersekongkol dengan pihak lain untuk mengecilkan seluar mereka hingga tidak lagi mematuhi syariat Islam terutamanya dalam menjaga aurat.
Dalam video itu, kelihatan notis tertulis kedai tersebut tidak menerima permintaan mana-mana pihak yang mahu alter seluar ketat perempuan. Di akhir notis itu ada tertulis — “Tak sanggup berkongsi dosa”.
@cikpika_pika_ii Terbaik #foryoupage #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral
Manakala dalam kedainya pula kelihatan satu lagi papan notis besar tergantung di dinding menyatakan — permintaan alter yang kurang sesuai dan melanggar syarak akan ditolak.
Perkongsian video itu telah meraih pujian netizen kerana masih ada peniaga kedai jahit yang masih menitikberatkan soal hukum syarak dalam perniagaannya dan pada masa sama ‘menyelamatkan’ pelanggan dan dirinya daripada berdosa.
Komen Netizen:
Baca Juga: Pampasan 50 juta rupiah untuk keluarga mangsa rempuhan Stadium Kanjuruhan
Baca Juga: Pengunjung tunjuk keadaan Pantai Cenang Langkawi sunyi, tak ramai pelancong walaupun hujung minggu