Semua parti pasti sedang sibuk mengadakan ceramah untuk meraih undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Maka senang juga untuk mendapat content yang boleh menjatuhkan nama parti apatah lagi dilihat sebagai penyokong kumpulan Islam ekstrim.
Namun Zul Huzaimy menidakkan hal tersebut dan memohon maaf atas keterlanjuran bahasa ketika berucap. Dia menganggap ada segelintir pihak yang menyunting video hingga dirinya dikatakan terlalu ekstrim sehingga mahu menyembelih orang bukan Islam di Malaysia.
“Salah tu. Anda harus dengar ucapan saya yang penuh di mana saya menyatakan begini, kepada saudara-saudara ‘non muslim’ (bukan Islam), kita harus menjaga mereka kerana mereka ini menyokong pemerintahan negara kita sebagai negara Islam dan begitu baik.
“Wajib seorang pemimpin yang beragama Islam menjaga mereka. Itu yang pertama. Yang keduanya adalah yang saya sebut sebagai kafir harbi.
“Ini adalah musuh Islam yang nyata. Maksud saya di sini ialah ‘non muslim’ yang benci Islam, suka perkauman, buat hal sehinggakan tak benarkan azan di sesetengah tempat terlalu kuat,” katanya menerusi video di Instagram.
Zul memaklumkan bahawa ‘non muslim’ yang dimaksudkan adalah mereka yang benci akan agama dan dirinya bukanlah terlalu ekstrim untuk suka-suka bergaduh dengan orang lain malah mengaku mempunyai sahabat daripada pelbagai bangsa.
“Saya pun bersahabat dengan kawan-kawan kaum India, Cina dan Sikh. Arwah ibu saudara saya pun kaum Cina beragama Islam.
“Kawan saya Adam Corie juga kaum Cina beragama Islam. Yang saya maksudkan bila mana ada sesetengah pihak yang cuba memanaskan keadaan dengan membenci Islam ini. Agama rasmi Malaysia. Itu maksud saya,” katanya.
Tak sokong kumpulan Islam ekstrim
“Yang tak aman, bila ada yang terlalu ekstrim ini. Saya pun tidak menyokong kumpulan-kumpulan Islam yang ekstrim. Bunuh membunuh sesuka hati tanpa mempedulikan undang-undang negara,” katanya.
Bagi Zul, dia tidka menyokong budaya tersebut dan mengharapkan netizen untuk tidak salah faham mengenai kenyataannya dan berharap rakyat Malaysia hidup aman.
Terdahulu, tular rakaman video ceramah pelakon itu di atas pentas dikaitkan dengan Pas, mengandungi kenyataan kontroversi berbaur perkauman lapor Harian Metro.
Kenyataan sensitif pelakon terbabit dikatakan dirakam pada satu program di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.
Baca Juga: Kenyataan berbaur perkauman polis buka kertas siasatan terhadap pelakon
Baca Juga: Wanita sanggup guna kad debit tertinggal, tak sangka tuan punya kad sanggup maafkan