Tempat isi minyak terbakar, orang awam selamatkan kereta daripada terbakar

Tindakan pantas orang awam memadamkan kebakaran di sebuah stesen minyak di Segambut, berjaya menyelamatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena daripada turut terbakar dalam kejadian yang berlaku pada pagi Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.33 pagi.

“Seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat sebuah MPV Nissan Serena yang berada di tempat mengisi minyak terbakar dengan sendirinya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kejadian tersebut menyebabkan kenderaan itu terbakar hanya lima peratus di bahagian tangki minyak. Tiada individu dilaporkan cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Baca Juga: Nelayan jatuh sampan ditemui meninggal dunia

Baca Juga: Data SPRM terbaru dedah jumlah wanita terbabit dalam rasuah makin meningkat