Tepis dakwaan sudah berkahwin, Wany Hasrita mungkin tamatkan zaman bujang tahun ini

Tepis dakwaan sudah berkahwin, Wany Hasrita mungkin tamatkan zaman bujang tahun ini. Dia menepis dakwaan sudah selamat bernikah pada sabtu lalu.

“Memang tidaklah! Siapa yang cakap? Saya masih belum berkahwin lagi.”

Demikian respons terkejut yang diberikan oleh penyanyi Wany Hasrita apabila diajukan soalan tentang khabar angin yang mendakwa dirinya telah pun selamat bernikah bersama seorang lelaki.

Menurut Kosmo, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah mendakwa tidak tahu-menahu tentang khabar angin yang mengatakan dirinya sudah pun bernikah pada Sabtu lalu dan terkejut tentang perkara tersebut.

“Tak adalah (berkahwin). Belum masanya lagi. Setiap orang ada perancangan untuk berkahwin termasuk, tetapi bukan dalam masa terdekat,” katanya.

Sewaktu ditebak sama ada pelantun lagu Menahan Rindu itu akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, Wany hanya ketawa bagi menjawab soalan tersebut.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh dalam tahun ini,” jawabnya ringkas.

Kata Wany, dia terkejut apabila timbul khabar angin mengatakan dirinya sudah berkahwin pada Sabtu lalu, sedangkan ketika itu dia sedang mengacarakan sebuah program televsiyen tersebutan RTM.

“Sebetulnya Sabtu lalu saya terlibat sebagai pengacara untuk program Borak Dulu Baru Buka di Angkasapuri. Jadi mana datangnya cerita saya sudah berkahwin?” jelasnya.

Wani memaklumkan dia sudah pun menghadiri kursus perkahwinan sejak tahun lalu lagi.

“Setakat ini saya tidak ada buat sebarang persediaan. Tunggu sahaja bila kad perkahwinan akan diedarkan, tarikh sudah dimuktamadkan dan tempat sudah ditetapkan, saya akan berkongsinya bersama media.

“Cuma buat masa ini, saya tidak boleh berkongsi apa-apa dan bercakap lebih kerana banyak hati yang perlu dijaga dan mahu menjaganya sehingga jadi (selamat bernikah),” kata Wany yang mengambil pendekatan untuk merahsiakan identiti bakal suaminya itu.

Pada masa sama, Wany memaklumkan perhubungan dengan lelaki berkenaan memang bertujuan ke arah pernikahan memandangkan usianya kini sudah pun mencecah 30 tahun.

“Sebetulnya niat kami berkawan memang untuk ke arah pernikahan. Usia saya juga bukan muda lagi, sudah memasuki 30 tahun.

“Niat kena betul. Berkawan untuk berkahwin. Berkahwin untuk ke syurga bersama-sama. Sampai masa nanti saya beritahu semua,” ujarnya.

Sekitar Januari lalu, timbul khabar angin tentang kad undangan perkahwinan Wany didakwa telah tersebar, namun dinafikan olehnya.

Kata Wany, perkara baik seperti perkahwinan tidak mungkin disembunyikan dan andai benar waktu sudah tiba, perkara tersebut akan dikongsikan kepada semua termasuk pihak media.

Baca Juga: Sabri Yunus tak kejar gelaran Datuk

Baca Juga: ‘Tak perlu sampai macam ni’ – Jurutera jawab kenapa tak berbaloi isi minyak sampai gigih ‘jack’ kereta