Rusuhan itu biasa tapi kalau sampai menyebabkan kerugian dan kerosakan harta benda maka ia sudah melebihi batas. Tujuh lelaki yang terlibat dalam rusuhan di Masai, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bharu semalam.
Mereka telah menyebabkan kerosakan ke atas sebuah kereta di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada 3 November lalu dengan dengan merosakkan cermin dan pintu kereta dan menterbalikkan kereta jenis Perodua Myvi milik Tan Jing Hui, 21, menyebabkan dia menanggung kerugian berjumlah RM15,000.
Empat daripada mereka merupakan penghantar makanan P-Hailing, manakala tiga yang lain adalah penuntut, penjual topi secara atas talian dan juga pembaiki mesin basuh serta televisyen lapor Kosmo.
Tertuduh adalah Muhammad Adam Abd. Rahim, 18; Mohamad Hairul Hasraf Seeni Abdul Cader, 22; Morrisson Malvin Anak Mada, 19, Shaikh Al Amin Idrus, 21;
Selain itu, Nur Khairul Amal Abdul Harsir, 19, Daniel Haziq Syikhanna, 21 dan Romie Rahimi, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih lima tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah kemudian menetapkan setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM7,000 setiap seorang, dengan syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi kejadian serta perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.
Hidayatul Syuhada kemudian menetapkan tarikh 18 Disember untuk sebutan semula kes bagi pendengaran fakta dan hukuman.
Baca Juga: Pelanggan tertinggal sepapan telur dekat homestay, lepas seminggu telur menetas jadi anak itik