Terima gambar tak senonoh, Elizabeth Tan buat tak layan selagi boleh bersabar

Ramai yang berani menghantar gambar tidak senonoh di sebalik profil palsu di media sosial sehingga menjadi igauan ngeri buat penerima namun Elizabeth Tan ambil pendekatan untuk tidak melayan selagi tidak melampaui batas.

Pelakon Abang Long Fadil 3, Elizabeth Tan, 28, atau lebih mesra dipanggil Lizzy masih berdepan gangguan daripada individu tak dikenali walaupun sudah bergelar isteri.

Lizzy memaklumkan kebanyakan gangguan yang bersifat keterlaluan dan tidak bermoral itu dihantar menerusi Direct Message (DM) di Instagram.

“Macam-macam benda yang saya terima. Gambar tidak senonoh pun ada.

“Saya tidak akan layan, sebaliknya hanya gelakkan sahaja. Selagi boleh bersabar, saya cuba untuk tidak mengambil endah.

“Saya hanya akan melenting apabila ada pihak bertindak keterlaluan sehingga menghina kaum atau agama orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dia sebolehnya enggan ambil pusing terhadap gangguan seksual yang menjengah di ruangan komen atau mesej media sosialnya. Walaupun sering dilabel seksi, Lizzy menganggap itu hanya pendapat mereka.

“Selagi perbuatan mereka tidak mengancam keselamatan, saya okey. Namun, itu tidak bermakna mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.

“Setiap orang ada hak bersuara di media sosial. Jika mereka berpendapat saya seksi, itu hak mereka kerana saya tidak rasa begitu,” ujarnya.

Baca Juga: Selepas buat babak cium dalam Abg Long Fadhil 3, Lizzy harap ada babak lebih lagi dari itu

Baca Juga: RM225 bilion tiba-tiba masuk akaun, lelaki ini jujur pulangkan semula pada pemilik asal