Teh ais yang dibuat di rumah dan yang dibuat di kedai selalunya berbeza. Teh dikedai lebih kaw dan sedap jika mahu dibandingkan dengan yang kita buat sendiri. Jangan terkejut dengan hanya lima bahan sahaja, teh yang anda buat akan sama dengan teh di kedai.
Wanita ini berkongsikan resipi Teh Tarik Kaw ala-ala kedai di Facebook Masak Apa Hari Ni. Rozana Mamat mengaku tidak ingat dari mana resipi ini di ambil yang penting rasanya sedap.
Anda boleh gunakan lima bahan yang sedia ada di rumah, selamat mencuba
- Air 500ml
- Teh 4-5 uncang (lagi banyak lagi kaw)
- Susu pekat (ikut tekak masing-masing nak manis mana)
- Susu cair setengah tin(nak lagi lemak, letak banyak sikit)
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
- Didihkan teh uncang
- Masukkan susu pekat, susu cair dan esen vanilla
- Biarkan mendidih sekejap kemudian siap dan sedia untuk dihidang
Bagi yang mahukan teh ais, tambah sahaja ais ke dalam minuman anda. Pastinya sedap diminum ketika musim panas dan teh tarik ketika musim hujan. Rasa lemak tambah pula air yang suam boleh memanaskan sedikit badan.
Baca Juga: Tak habis dengan gimik, Nabila Razali dikritik ‘gagal’ lontar nada tinggi
Baca Juga: Cecah RM1.17 trilion – Ini jumlah kerugian akibat bencana alam global