Azri Iskandar luah rasa sedih apabila dihalang anak untuk menukar namanya kepada Azri Alexander. Dia dikatakan hanya mahu menukar nama pentasnya sahaja dan bukan nama sebenarnya.
Difahamkan, Azri Iskandar terpaksa melupakan niatnya itu kerana anak-anak tidak bersetuju. Antara anak yang paling menentang keputusannya ialah Azrell Omar Iskandar.
“Kalau anak-anak tidak setuju, saya tidak boleh buat dan silap saya juga sebab tidak berbincang terlebih dahulu dengan mereka tentang hal ini.
“Dia cakap, nama Azri Iskandar tu dah elok dah. Kalau nak go International, tidak ada salahnya pakai nama tersebut.”
Anak lelaki yang berusia 18, Azrell sudah mula berkecimpung dalam dunia perfileman dan berasa pelik jika nama pentasnya kelak digelar sebagai Azrell atau Ayel Alexander.
Azrell sebelum ini pernah membuat satu laporan polis bagi menyatakan hak mereka menolak suntikan vaksin Covid-19 yang mahu dilaksanakan terhadap pelajar sekolah lingkungan umur 12 hingga 17 tahun.
“Saya cakap anam saya tetap Azri Iskandar. Cuma Azri Alexander itu digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja. Tapi dia tak boleh terima. Sebab itu saya ambil keputusan untuk gunakan semula nama Azri Iskandar.” katanya.
Baca juga: Azri Iskandar tepis dakwaan lamar wanita dua hari selepas bercerai
Baca Juga: Kerapu RM190 dua ekor, pelanggan tanya restoran di Port Dickson ni memang harga VVIP ke?