Terkini : Najib dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 Juta

Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan bahawa mahkamah mengekalkan denda RM210 juta dan penjara 12 tahun terhadap Najib Razak.

Dia berkata mahkamah menolak rayuan Najib.

Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Najib Razak atas tuduhan salah guna kuasa berhubung kes SRC International.

Ini berdasarkan keputusan sebulat suara yang sedang dibacakan oleh Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan.

Tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil juga memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan tiga pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Najib Razak.

Tiga pertuduhan pecah amanah terhadap Najib melampaui keraguan munasabah

Hakim memutuskan bahawa hakim perbicaraaan adalah betul mendapati bahawa tiga pertuduhan pecah amanah terhadap Najib telah dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

Najib dilihat tenang mengikuti prosiding melalui Zoom.

sumber : FMT dan Malaysiakini