Terlalu ramai tumpu ibadah korban di luar negara, mungkin terlupa masih ramai miskin di Malaysia

Terlalu ramai tumpu ibadah korban di luar negara, mungkin terlupa masih ramai miskin di Malaysia. Isu ibadah korban di luar sudah lama diperkatakan. Ada yang cakap orang luar negara dapat berkilo-kilo daging tetapi di Malaysia lain pula kejadiannya.

Terlalu sibuk mengejar pahala di negara luar sehingga terlupa pahala di negara sendiri. Penurunan bilangan korban di Malaysia adalah disebabkan oleh harga yang murah untuk melakukan ibadah korban di luar negara, malah dapat dilihat di corong Radio yang mempromosi ibadah di luar negara.

Sunat bagi mereka yang melakukan korban untuk saksikan acara sembelihan

Disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan acara sembelihan korban, setelah dia mewakilkan sembelihan tersebut kepada tukang sembelih. Hal ini berdasarkan sebuah hadis. Dimana Nabi SAW memerintahkan kepada anak perempuannya, Saiyidatina Fatimah R.Anha:

قَوْمِي إِلَى أُضْحِيَّتِكَ فَاشْهَدِيهَا فَإِنَّ لَكِ بِأَوَّلِ قَطْرَةٍ تَقْطُرُ مِنْ دَمِهَا يُغْفَرُ لَكِ مَا سَلَفَ مِنْ ذُنُوبُكَ

Maksudnya: “Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan haiwan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu”. (Hadis Riwayat Al-Hakim)

Lelaki kongsi kroni ambil daging elok, dan sedekah lebihan kepada fakir miskin

Ini adalah perkongsian milik Khairul Azri (@mkhairulazri) di Twitter.

Bagi yang nak tahu betapa susahnya memegang amanah, boleh turun padang saksikan aktiviti masa ibadah korban berlansung. Dapatlah anda lihat mereka menyorok ekor lembu dalam plastik, berebut kepala lembu, tulang gearbox  dan pastinya timbangan lebih kepada ajk surau/masjid.

Paling menyedihkan, mereka yang mengambil daging elok ini tidak terlibat pun dalam aktiviti korban mahupun orang yang melakukan ibadah korban. Akhirnya golongan yang sepatutnya dapat, hanya diberikan lebihan, tetl, lemak dan urat yang tidak ada banyak dagingnya.

Korban sikit, semua tumpu luar negara

“Dahlah orang korban masjid kariah sikit, sebab semua tumpu luar negara..”

Ramai juga yang dikatakan berebut kepala lembu kerana selepas proses, daging di kepala boleh cecah 10 kg. Lelaki ini juga berkongsi dimana ramai yang mengelak untuk urruskan tembusu dan perut namun itulah adalah bahagian paling popular yang akan diambil orang.

“Sebab ada yang tanya, kepala ni kalau beli kat rumah sembelih paling² RM100 yang kecik, yang lembu besar dalam 180-200 aik ada harga ke?”

“Ada. Sbb kalau kena cara dan saiz isi kepala sahaja lepas proses boleh dapat daging 10kilo ke atas. Itu tak termasuk lidah, otak.

“Oh tak adil kalau aku tak mention bahagian yang orang paling mengelak tak nak urus tapi mesti berebut kalau ada yang volunteer nak urus. Tembusu dan perut”.

Baca Juga: Jangka 2 juta kenderaan masuk LPT untuk pulang selepas sambutan Aidiladha

Baca Juga: Selepas tanggal baju dan tudung, pelawak ini dakwa sekolah kerajaan asing ikut agama, ustazah beritahu bukan Muslim masuk neraka