Kes curang di tempat kerja bukanlah perkara ganjil malah sering berlaku. Sebagai seorang suami atau isteri, hadkan pergaulan anda dan jagalah batas kerana curang adalah dosa besar.
Seorang wanita menimbulkan kemarahan ramai apabila memuat naik pengakuan sudah jatuh hati dengan rakan sekerja hanya kerana diberikan perhatian dan tidak menerima layanan sama daripada suami sendiri.
Tersuka suami orang. pic.twitter.com/5taJMtGuSh
— Emosi (@ConfessTweetMY) December 6, 2022
Senang betul jatuh hati
Hanya kerana lelaki tersebut ‘caring’, wanita itu mula terjatuh hati padahal sudah berstatus isteri orang malah lelaki tersebut juga sudah mempunyai isteri dan anak.
“Aku crush kat sorang lelaki kat pejabat aku kerja sekarang. Dia ni lemah lembut, bijak, lepastu kacak. Masalahnya, dia suami orang tau.”
Tidak hanya itu, dia juga meluahkan rasa sukar untuk membuang perasaan tambahan lelaki tersebut kini dipindahkan ke jabatan yang sama dengannya.
“Sekarang ni pula, kami dah jadi satu jabatan. Lepas tu dia akan tegur; “Dah makan?”, “Sihat?”, “Kalau penat pergilah tidur dulu kat surau”. Dia memang caring macam tu.
Cemburu dengan isteri rakan sekerja
Tak cukup dengan jatuh hati, wanita tersebut membandingkan pula suaminya dengan lelaki tersebut. Malah wanita tersebut cemburu dengan layan yang diterima isteri kepada rakan sekerjanya itu.
Netizen mula membanjiri ciapan tersebut dengan meningatkan wanita tersebut membetulkan niatnya ke kerja untuk mencari rezeki dan bukannya bercinta.
Baca Juga: Dakwaan salah guna dana RM600 bilion: Muhyiddin, Khairy, Zafrul dijangka dipanggil SPRM