Terung berlado makan dengan nasi putih panas-panas, resepi ringkas je tapi sedap

Terung berlado makan dengan nasi putih panas-panas, resepi ringkas je tapi sedap. Masak terung ni tak ada lah rumit sangat, dan kebiasaannya kita lebih suka buat terung masak sambal. Kan?

Tapi kalau hari-hari buat terung sambal pun bosan juga. Anda boleh cuba resepi terung goreng berlada seperti di bawah ini. Sangat mudah dan ringkas sahaja rencahnya namun keenakannya mampu membuatkan kita menambah nasi di pinggan.

Bagi anda yang menggemari menu kampung begini, bolehlah cuba resipi perkongsian Nurul Hawa Nadila Sari ini. Pasti puas hati.

Bahan-bahan:

Terung bulat (warna ungu/hijau pun boleh)
1/2 genggam ikan bilis – dicuci & nak goreng dulu pun boleh
4 biji cili akar
2 tangkai cili merah
1 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
Perasa secukupnya
2 sudu makan minyak masak

Cara memasak:
1. Bersihkan terung dan potong dua. Rendam dalam air untuk hilangkan getahnya.


2. Cili akar, cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus. Boleh juga dikisar separuh halus.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang ditumbuk halus tadi hingga wangi.
4. Seterusnya masukkan ikan bilis dan asam gelugur @ asam keping. Kacau rata
5. Masukkan terung yang telah ditoskan airnya.


6. Bila bila terung kelihatan separuh masak, perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
7. Gaul rata dan masak lagi hingga terung masak sepenuhnya.
8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: rasa

Baca juga: