Tidak perlu pakai mask jika anda berada dalam 8 situasi ini

Tidak perlu pakai mask jika anda berada dalam 8 situasi ini. Tapi anda perlu tahu pemakaian pelitup muka masih wajib walapun kita memasuki fasa endemik bermula 1 April ini.

Namun, ia tidak bermakna anda perlu memakainya setiap masa. Terdapat beberapa situasi yang tidak memerlukan anda memakai pelitup muka, contohnya ketika berseorangan.

Prosedur operasi standard (SOP) tersebut telahpun dikeluarkan sebelum ini namun disebabkan salah faham dan kekeliruan, masih ada pihak yang tidak menyedari kelonggaran yang telah ditetapkan.

Bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyenaraikan lapan situasi yang tidak memerlukan anda memakai pelitup muka.

Beliau turut mengingatkan, fasa peralihan ke endemik tidak bermakna semua langkah kesihatan awam yang ditetapkan sebelum ini akan dimansuhkan.

Ini kerana negara serta dunia masih dalam situasi pandemik dan langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 tetap perlu diambil berat oleh anggota masyarakat.

Berikut merupakan lapan situasi yang tidak memerlukan anda memakai pelitup muka:

  • Penghuni di kediaman sendiri, bilik hotel, penginapan dan di tempat kemudahan awam yang tidak melibatkan interaksi dengan individu lain.
  • Ruang kerja bersendirian
  • Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah
  • Kenderaan persendirian tidak termasuk e-hailing
  • Sewaktu makan dan minum
  • Aktiviti persembahan seperti menyanyi, berlakon dan berceramah
  • Kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah
  • Individu berkeperluan khas, OKU tertentu seperti penghidap cerebral palsy atau individu yang mempunyai masalah pernafasan dengan syarat mengemukakan laporan perubatan.

Jadi marilah kita terus mengikut SOP yang ditetapkan agar satu hari nanti negara dapat mencapai sifar kes Covid-19 dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Baca Juga: https://themalaysialife.com/budak-lelaki-suka-tunjuk-jari-tengah-rupanya-budak-baik-tak-tahu-pun-maksud-jari-tu/