TMJ nasihatkan Bangsa Johor untuk jaga tingkah laku

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat negeri ini supaya sentiasa menjaga tingkah laku dalam apa juga perkara yang dilakukan dan setiap individu perlu bertanggungjawab dalam semua perkara dilakukan serta impaknya kepada masyarakat.

“Ingin saya mengingatkan kepada semua Bangsa Johor agar sentiasa jaga tingkah laku dan bertanggungjawab dalam apa jua perkara yang anda lakukan.

“Semoga negeri Johor dan seluruh Bangsa Johor sentiasa diberkati dan dipelihara Allah SWT. Muafakat itu berkat, Allah Peliharakan Sultan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Isu ini mungkin berkaitan 30 individu yang memakai ‘hoodie’ dan pelitup muka membuat provokasi semasa program Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Antara provakasi yang dilakukan ialah membaling botol, menolak sukarelawan, membaling mercun, menendang dan merosakkan kenderaan sambil menjerit dan meminta orang ramai yang datang berhenti dan meninggalkan dewan tersebut.

Insiden tersebut telah menimbulkan kekecohan dan mendapat reaksi pelbagai pihak lapor Utusan.

Baca Juga: Pastikan pengundi 18 tahun keluar mengundi, undian penting untuk masa depan negara

Baca Juga: Menjelang PRU15: Pas anggap janji ini tawaran ‘mi segera’