Punyalah nak jimat bapa-bapa ni, sanggup beli span sebesar bantal supaya anak boleh potong kecil-kecil sebelum guna. Dek kerana itu netizen mula berseloroh yang bapa wanita tersebut beli span basuh bas.
Satu video di muat di TikTok milik Ieylaa, mengenai kisah lucunya meminta tolong ayahnya untuk membeli span untuk basuh pinggan di rumahnya.
Apa yang lebih kelakar si bapanya mengetuk pintu biliknya untuk memaklumkan mengenai pembelian, namun wanita itu ternyata terkejut melihat saiz span basuh pinggan yang sangat besar.
Wanita tersebut terus menghubungi ayahnya untuk menanyakan mengenai saiz dan ayahnya menyuruh dia untuk berjimat dan potong kecil-kecil.
https://www.tiktok.com/@chime0w/video/7171999437735136539
“Lepas tu aku call dia, dah kenapa besar macam ni. Boleh pula dia cakap suruh potong baru jimat.”
Netizen mula berseloroh di ruangan komen mengenai apa yang boleh dibuat dengan lebihan span tersebut.
Lama betul bapanya tak perlu belikan span lagi, ni kalau kata hilang pun susah ni dengan besar gini gayanya. Selamat berjimat dengan span basuh pinggan ya.
Baca Juga: Orang ramai berhenti tepi jalan kutip wang bertaburan, sampai sekarang tak tahu siapa pemiliknya
Baca Juga: Perut Neelofa nampak lain, ada yang kata beliau mengandung lagi