Tular gambar Zahid, Saifuddin dan Johari makan sedulang waktu PKP

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menikmati hidangan bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di sebuah restoran ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dedah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, turut serta menikmati hidangan itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

“Makan sedulang memang sedap…Lebih-lebih lagi kalau dapat dining di restoran musim PKP,” ciap Annuar menerusi Twitternya lewat malam Isnin.

Annuar pada Isnin dikompaun RM2,000 selepas polis mendapati Menteri Wilayah Persekutuan itu melanggar SOP kerana berkunjung ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabtu lalu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/149660/BERITA/Nasional/Zahid-Saifuddin-Johari-didakwa-langgar-SOP-makan-di-restoran