Tular video teman wanita paksa kekasihnya beli Iphone, tak mahu Vivo

Sebuah video yang beredar di rangkaian media sosial menunjukkan seorang wanita merengek di kaunter kedai telefon bimbit. Wanita itu dilaporkan bertengkar dengan teman lelakinya dan detik itu berjaya dirakam oleh mereka yang menyaksikan kejadian itu.

Video tersebut dimuat naik oleh akaun Tiktok @tio_saputra1812. Pemilik akaun itu menyatakan bahawa wanita itu merengek meminta teman lelakinya untuk membeli telefon bimbit jenama iPhone.

Namun, teman lelaki itu hanya mampu membeli telefon bimbit jenama Vivo kepada teman wanitanya. “Sayangnya, ini menyebalkan, saya mahukan iPhone, bukan Vivo,” tulis akaun itu seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

Dalam video tersebut, wanita itu kelihatan memakai selendang coklat dan kemeja berwarna krim. Dia datang bersama teman lelakinya yang memakai t-shirt dan seluar pendek serta sandal.

Mereka berdua berdiri di hadapan kaunter kedai telefon bimbit. Tidak lama selepas itu, wanita itu merengek kepada teman lelakinya. Seolah-olah memaksa teman lelakinya untuk meninggalkan kaunter terbabit.

Tidak lama selepas itu, kelihatan wanita itu memukul teman lelakinya di hadapan pekerja kedai telefon bimbit terbabit. Teman lelakinya itu pula kelihatan kesal dengan tindakan teman wanitanya.

Difahamkan, punca kejadian ini berlaku disebabkan telefon bimbit yang teman lelaki mahu belikan itu tidak sesuai dengan keinginan wanita terbabit. Sementara itu, dua pekerja kedai telefon bimbit itu hanya memerhatikan tingkah laku pasangan itu.

Sehingga kini, video tersebut telah disukai lebih 374,000 orang dan menerima banyak komen dari orang ramai. “Saya perempuan, jika saya lelaki itu, saya akan tinggalkannya. Sudah dibeli, tetapi tidak bersyukur,” kata netizen. “Lelaki malang, dia pasti benar-benar malu,” komen netizen lain.

sumber : https://www.thevocket.com/tular-video-wanita-paksa-teman-lelaki-belikan-iphone-tak-mahu-telefon-jenama-vivo/