Tun Mahathir sahkan Parti Pejuang sudah diluluskan pendaftaran

Parti Pejuang telah didaftarkan sebagai parti yang sah, kata Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad.

“Saya ingin umumkan bahawa parti Pejuang ini telah didaftarkan. Sebagai parti politik kita berterima kasihlah kepada kerajaan yang mendaftar parti Pejuang ini dan kami berpendapat bahawa cara kami bukanlah untuk menimbulkan masalah, cuma kita buat melalui undang-undang.

“Tak ada sebab kenapa kami tak boleh didaftar.

“Jadi akhirnya, parti Pejuang ini sudah didaftar, dan mereka yang ingin menyertai Pejuang, mereka dialu-alukan, bolehlah buat permohonan, dan saya harap kita akan lebih cergas selepas ini,” katanya dalam satu sidang media dalam talian hari ini.

[Laporan lanjut menyusul]

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/582264