Tunjuk bukti air laut makin tinggi, benarkah Jakarta akan tenggelam pada tahun 2030?

Susulan paras air laut di Jakarta yang dikatakan semakin meningkat, netizen di Indonesia mendakwa teori bahawa seluruh bandar Jakarta akan tenggelam pada tahun 2030 adalah benar.

Menerusi perkongsian seorang netizen di negara itu, individu berkenaan menunjukkan keadaan paras air laut semakin meninggi yang sudah melepasi separuh tembok yang dibangunkan bertujuan menahan air laut daripada melimpah ke bahagian daratan.

Katanya, situasi yang berlaku amat membimbangkan kerana jika paras air laut meningkat lagi, makan tekanan air laut juga turut meningkat dan tembok sedia ada berkemungkinan tidak berupaya menampung tekanan tersebut, lebih-lebih lagi jika keadaan lautan sedang bergelora atau terdapat gegaran pada dasar laut.

 

https://www.tiktok.com/@akuajaibbb/video/7173119183725579546

Dengan beberapa klip video yang dikongsikan penduduk tempatan di media sosial, ia dikatakan telah menguatkan alasan mengapa pihak kerajaan di Indonesia mengatakan bahawa mereka akan menjadikan ibu negara Kalimantan sebagai Bandar Nusantara pada 2030.

Sebelum ini, akhbar tempat di Malaysia turut melaporkan bahawa tembok konkrit yang dibina sepanjang 24 kilometer semakin merekah dek kerana arus air yang deras menyebabkan air mula memasuki kawasan yang berisiko tinggi untuk mengalami banjir.

Baca juga: [VIDEO] Semangat membantu rakan tu dah ada, tapi ada sesuatu yang buat netizen geli hati…

Baca juga: Anwar saman pemfitnah paling tepat, malah mahkamah patut naikkan lagi hukuman