Gaya mesti ada! Aksi seorang ibu yang meraih ‘strike’ ketika bermain boling bersama anak-anaknya, nampaknya telah membuatkan netizen berasa kagum.
Perkongsian video melalui TikTok @doaspmuntukmin yang juga anak kepada wanita itu, memaparkan aksi santai ibunya yang menggolekkan bola boling, sekali gus mendapat ‘strike’ yang tidak disangka-sangka.
Selepas video itu tular di media sosial, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen termasuklah rasa kagum dengan ‘skill’ yang dimiliki wanita tersebut.
“Strike woooo!!,”
“Ibu-ibu tidak memerlukan scope kerana target mereka sentiasa tepat!,
“Legend dah turun!!,”
Setakat ini, video tular itu telah meraih sebanyak 1.3 juta tontonan, 129,000 tanda suka dan 2,050 perkongsian.
Baca Juga:
Baca Juga: