[VIDEO] Junjung motosikal ke atas, kekuatan lelaki ini buat netizen kagum

Dalam hidup ini, sebenarnya macam-macam perkara menarik ada di sekeliling manusia, sehingga sampai satu tahap kita boleh menganggap ia juga sesuatu yang unik.

Baru-baru ini, sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan aksi seorang lelaki menjunjung sebuah motosikal di atas kepalanya sambil memanjat tangga bas.

Berdasarkan video dikongsikan di laman Twitter itu, dia dilihat berjalan di tepi sebuah bas sambil menjunjung motosikal berwarna hitam.

Lelaki itu kemudian memanjat tangga di bahagian tepi bas sambil kepalanya mengimbangi motosikal tanpa jatuh.

Tanpa memegang kenderaan itu, dia memanjat tangga dan meletakkan motosikal tersebut di atas bumbung bas.

Video itu kini menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen, selain turut mengagumi kekuatan yang dimiliki lelaki itu.

“Captain Amerika pun tak macam ni!,”

“Lelaki ini patut dilatih untuk masuk Olimpik,”

“Saya juga memerlukan leher yang kuat macam dia,” kata netizen.

Baca Juga: Shiera luah rasa syukur anak terselamat kemalangan bas rempuh treler

Baca Juga: [VIDEO] Penonton bersorak bukan sebab bola masuk gol, tapi…