Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling manusia sayang, malah gelagatnya tidak pernah membuatkan kita jemu melayan mereka.
Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai uniknya seperti yang anda akan tengok dalam video ini.
Video tular di TikTok itu menunjukkan seekor kucing sedang berjalan melalui sebuah pagar dengan lenggok ala-ala motosikal sedang mencelah di tepi kereta.
Lenggok yang ditunjukkan itu diibaratkan oleh netizen tidak ubah seperti ular.
“Catwalk vs snakewalk??
“Achik nk gelak pun ada, achik terkedu pun ada, achik hairan pun ada…xpalah nakkkkk janji happy…”
“Kucing ni nmpak bijak menangani masaalah.. cara jln yg betul melalui jeriji..,”
Setakat ini video itu mendapat 1.9 ribu tontonan, 156.7 ribu tanda suka dan 10.6 ribu perkongsian.
Baca Juga: Bomba bantu angkat remaja 110 kg ke kediaman di tingkat 4
Baca Juga: Mengerikan! Kanak-kanak terperangkap dalam lubang sedalam 122 meter