[VIDEO] Pak Nil luah rasa sebak lihat persembahan pertama Zamani selepas pembedahan tulang belakang

Kurang sebulan selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis, penyanyi, Zamani dilihat tampil dalam persembahan sulungnya baru-baru ini.

Persembahan Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51, sememangnya ‘menangkap’ hati masyarakat di negara ini.

Baru-baru ini, pengacara, Datuk Aznil Nawawi dalam Instagram miliknya turut menulis sesuatu selepas melihat penyanyi itu kembali beraksi di pentas.

 

“Allahuakhbar. Terima kasih kembalikan kesihatan dan keadaan fizikal Zamani seperti dahulu.

“Menitis air mata gembira penonton melihat persembahan pertama Zamani selepas pembedahan. Kurang sebulan selepas pembedahan dilakukan,” tulis Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil.

Dalam perkongsian itu, Zamani dilihat sedang menghiburkan peminatnya dengan menyanyikan lagu berjudul Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal  The Flybaits di sebuah pusat beli-belah.

Video yang dikongsikan Pak Nil itu turut menunjukkan penonton berteriakkan dan meminta vokalis kumpulan Slam itu menyanyikan sebuah lagi lagu.

Baca Juga: [VIDEO] Steady abang ni, tak takut mandikan ular tedung

Baca Juga: Dah biasa naik kereta mahal sebab tu malu naik kereta Iswara, netizen minta ibu bapa ajar anak untuk bersyukur