[VIDEO] Penonton bersorak bukan sebab bola masuk gol, tapi…

Kanak-kanak, orang dewasa lelaki atau perempuan, mesti suka tonton perlawanan bola sepak, lebih-lebih kalau ada team atau pemain yang kita minat.

Lepastu bila dah sampai stadium, mesti bersorak macam tak ingat dunia.

Maklum la mesti kita nak bagi sokongan kepada team favourite kita kan sampai mereka menang.

Tapi, baru-baru ini ada satu video tular di salah sebuah stadium di luar negara yang menunjukkan penonton bersorak, tapi bukan sorak sebab bola masuk gol.

Eh, kalau bola yang tak masuk gol, apa yang masuk gol? Rupa-rupanya ‘kapal terbang kertas’ yang masuk gol!

Menerusi video tu, dapat dilihat seorang penonton menerbangkan kapal terbang kertas itu dari tempat duduk penonton di bahagian atas.

Boleh tahan jauh jugak tu!  Yang peliknya, kapal terbang itu secara perlahan-lahan masuk ke gawang gol, sekali gus mendapat sorakan daripada penonton, dahsyat!

Rata-rata netizen yang tengok video itu rasa kagum tetapi pada masa sama, mereka juga pelik dengan ‘kejadian’ itu.

“Nampaknya penonton bersorak macam tengah tengok ‘gol sebenar’ daripada pemain.”

“Wow! Lencongan yang baik, terus masuk gol!!'”

“Orang yang buat kapal terbang kertas ni nampak gayanya lebih berbakat daripada pemain bola,” seloroh seorang netizen.

Kredit video: IG Louaimaallem

Baca Juga: Akibat terlalu banyak tengok TV, kanak-kanak ini ‘dihukum’ tonton TV sepanjang malam

Baca Juga:  Gara-gara dituduh merogol, lelaki ini kena ketuk ketampi sebagai hukuman