[VIDEO] Steady abang ni, tak takut mandikan ular tedung

Ular, haiwan eksotik yang sering digeruni, malah boleh membuatkan kita ‘meremang bulu roma’ apabila terserempak.

Ini kerana bisanya juga mampu membunuh sekelip mata, malah gaya menyusur haiwan itu juga membuatkan ramai yang geli.

Tetapi baru-baru ini, tular sebuah video di India memaparkan seorang lelaki tanpa takut memandikan seekor ular tedung di dalam bilik air.

Rakaman berdurasi 21 saat itu memaparkan lelaki berkenaan menyiram air menggunakan gayung biru pada seekor ular tedung di dalam bilik air.

Lelaki itu turut memegang kepala ular tersebut dan memandikannya dengan santai. Dia sesekali menggosok badan ular itu sambil menyiramnya.

Menurut laman Reptile Craze, ular kebiasaannya tidak perlu dibasahkan atau dimandikan.

Video itu menarik perhatian ramai netizen di ruangan komen. Ramai yang terkejut dan mengagumi keberanian lelaki itu mengendalikan seekor ular berbahaya.

“Lelaki ini tidak mengambil peduli tentang nyawanya,” kata seorang netizen.

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @Gulzar_sahab.

Baca Juga: Menggelikan! Wanita temui cacing dalam jejari ikan

Baca Juga: “Terima kasih yang doakan saya,” – Nash