[VIDEO] Suara dan ‘persembahan’ wanita ini buat netizen rasa seperti…

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini, sememangnya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Terbaharu, menerusi perkongsian di laman Tiktok @90iema, tular satu video memaparkan seorang wanita sedang menyanyikan sebuah lagu di pusat karaoke.

Dia menyanyikan lagu Tiada Tangis Lagi, pernah dipopularkan Ratu Rock Malaysia iaitu Ella.

Seperti kita tahu, lagu ini sangat sukar dinyanyikan kerana memerlukan nada suara yang tinggi untuk membawa lagu ini.

Bagaimanapun, ‘persembahan’ daripada wanita itu berjaya membuatkan netizen berasa kagum dengan kelebihan dimilikinya.

“Boleh pergi jauh ni Klau di asah bakat adik ni ..memang padu suara syabas adik..

“Ingatkan miming. Sedap betul!

“Boleh dgr habis tak dia nyanyi lagu tu. mcm best pulak layan adik ni nyanyi,”

Malah ada juga netizen yang perasan suara wanita ini seakan ratu rock negara kita, siapa lagi kalau bukan Ella!

“Wow suara Ella!,” seloroh seorang pengguna laman maya itu.

Setakat ini, perkongsian tersebut telah mendapat 582.9k tontonan, 31.2k tanda suka dan 821 perkongsian.

Baca Juga: Nyawa hampir melayang, nasib pokok jatuh selepas sudah keluar kereta

Baca Juga: Kes pelekat dekat peti ais, Sajat dituduh dah balik Malaysia