[VIDEO] Ular depan bonet kereta, wanita ini dipuji sebab…

Apa perasaan anda bila tengah memandu, tiba-tiba ular keluar dari depan kereta? Mesti cemas dan sesetengah orang pun akan panik.

Macam kisah seorang wanita ini, dia mengalami detik cemas apabila reptilia berkenaan muncul di hadapan keretanya.

Apa yang menarik, dalam situasi mencemaskan itu, dia mengambil tindakan yang tepat apabila memandu kereta ke balai bomba bagi mendapatkan bantuan.

Menurut video dimuat naik salah seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, @zackzaini82, wanita itu ingin mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan ular jenis sawa batik itu daripada bonet hadapan keretanya.

“Semua anggota sedang menikmati juadah makan malam, sehinggalah ada sebuah kereta datang ke kawasan bomba dengan membunyikan hon dan menjerit meminta tolong.

“Rupa-rupanya ada seekor ular keluar dari bonet hadapan. Mungkin ular tersebut tidak tahan panas selepas enjin telah lama dihidupkan. Sesiapa pun mesti akan risau jika ada ‘entiti’ asing yang menjelmakan diri di tempat dan masa yang tidak sesuai,” tulisnya di ruang kapsyen video itu.

Abang bomba itu berpesan, orang ramai dinasihatkan supaya membuat pemeriksaan di ruangan enjin, lebih-lebih lagi ketika musim hujan ini.

Menjengah di ruangan komen,rata-rata netizen kagum dengan wanita itu mengawal keadaan walaupun sedang berdepan detik cemas.

“Wahh gigih dia drive smpai bomba, kalau sy dh tgl tgh jalan keta tu,”

“Cekap amoi trus masok balai, mau sy benti keta sy yg lari dulu ni!,”

“Nasib pandai dia g bomba,klo g balai polis pening polis nk buat mcm mana,” seloroh netizen.

Setakat ini, video tersebut telah meraih 307,000 tontonan, 14,000 tanda suka dan 332 perkongsian.

Baca Juga: Tak berdaya lepas kemalangan, lelaki terpaksa minta tolong adik hantarkan makanan kepada pelanggan

Baca Juga: Demi faktor kesihatan, Hael Husaini tangguh konsert pertama