Wajah ‘awet muda’ wanita ini, buat netizen terfikir-fikir usia sebenar dia

Awet muda! Ayat itu sering kita dengar apabila ada seseorang yang nampak muda walaupun umurnya telah lanjut.

Baru-baru ini, seorang wanita mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna di media sosial selepas mendakwa ramai orang menganggap dia berusia 18 tahun walaupun umurnya jauh lebih tua.

Menurut akhbar The Sun, Angela seorang ibu dan pesohor TikTok yang mempunyai lebih 286,000 pengikut.

Dalam salah satu videonya, Angela meniru seseorang berkata “Kamu kelihatan masih muda… kamu mesti 18 tahun. Okay mungkin 21 tahun.”

Dia kemudian mengaku bahawa usianya mencecah 35 tahun pada November lalu.

Sebilangan netizen memberikan pendapat mengenai umur sebenar wanita itu pada video yang mendapat lebih 825,000 tontonan itu.

“Ini mungkin video TikTok pertama yang saya lihat di mana seseorang kelihatan lebih muda daripada usia mereka! Saya tidak akan sangka awak lebih tua daripada saya!” kata seorang netizen.

“Anda mempunyai ciri-ciri muda! Anda lebih tua berdasarkan gaya dan tekstur kulit tetapi anda kelihatan hebat!!” kata netizen lain.

Baca Juga: 70 jam terperangkap dalam perigi, kanak-kanak sudah tidak bernyawa ketika diselamatkan

Baca Juga: Tunjuk bukti air laut makin tinggi, benarkah Jakarta akan tenggelam pada tahun 2030?