Seorang wanita yang tidak mahu meneruskan hubungan cinta telah ditetak dan ditikam oleh teman lelaki kerana terlalu marah.
Kejadian berlaku di Pangsapuri sekitar Masai Johor selepas seorang pengawal keselamatan terdengar jeritan mangsa kemudian menemui suspek sedang memegang pisau dan mangsa dalam keadaan berlumuran darah.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, pihaknya mendapat maklumat dari pengawal keselamatan pangsapuri terbabit yang mendengar jeritan mangsa.
Menurut polis, suspek yang juga pemandu e-hailing didapati mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan jenayah.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan direman enam hari bermula hari ini selepas mendapat perintah oleh Penolong Pendaftar, Khalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret di sini.
Katanya bertindak atas makluman, pihak polis berjaya menahan suspek lebih kurang jam 1 petang hari sama sebaik sahaja menerima maklumat daripada pangawal keselamatan
“Suspek berusia 30 tahun, bertindak mencederakan mangsa dengan menetak di beberapa bahagian badan dan menikam mangsa.
“Mangsa luka di bahagian muka, lengan dan pergelangan tangan, selain cedera ditikam dibahagian rusuk. Mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana marah terhadap mangsa yang enggan meneruskan hubungan percintaan antara mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Sohaimi berkata pihak polis turut merampas pisau sepanjang 19 sentimeter yang digunakan dalam kejadian tersebut.
Baca juga:
Tidak mahu terlepas ‘wefie’ dengan UAI anggota bomba pakat keluar barisan
Baca juga:
Dah ada isteri tapi masih langgan pelacur, lelaki ditahan polis semasa bulan madu