Wanita hina Islam di Kelab komedi didakwa pagi ini

Wanita hina Islam di Kelab komedi didakwa pagi ini. Wanita itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini, untuk pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

Suspek berusia 28 tahun yang memakai baju kot berwarna hitam tiba pada 9 pagi dalam keadaan bergari dengan diiringi beberapa anggota polis dibawa masuk mahkamah lapor Harian Metro.

Puluhan pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah itu seawal jam 7.30 pagi tadi untuk merakam video serta gambar wanita terbabit.

Teman lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya

Teman lelaki wanita berkenaan, 38, pula dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, media melaporkan wanita itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Sabtu lalu dan direman selama empat hari hingga hari ini, manakala teman lelakinya ditahan keesokannya serta direman selama tiga hari.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga memaklumkan pihaknya sedang menyiasat video itu, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara serta-merta lesen kelab komedi itu susulan tular video terbabit.

Baca Juga: Dakwa hafal 15 Juzuk Al-Quran, Wanita tiba-tiba tanggal baju di kelab komedi

Baca Juga: Selepas tanggal baju dan tudung, pelawak ini dakwa sekolah kerajaan asing ikut agama, ustazah beritahu bukan Muslim masuk neraka