Wanita kongsi tip penjagaan muka seperti artis korea

Wanita kongsi tip penjagaan muka seperti artis korea. Pastinya ramai yang impikan kulit seperti wanita Korea, kulit mereka kelihatan bersinar dan sihat.

Wanita dari Twitter (@furrrrytale) ini kongsikan tip penjagaan kulit wanita dari Korea Selatan yang mereka biasa amalkan tetapi kebanyakkan kita tidak.

Paling penting semua boleh dilakukan di rumah dan boleh amalkan mengikut rutin semasa penjagaan muka anda. Ada yang bermanfaat untuk kesihatan anda juga.

1 Minum Teh

Seperti semua tahu, teh ini ada banyak kebaikkannya. Bukan sahaja untuk kulit tetapi juga kepada kesihatan kita. Antara teh yang terkenal dikalangan orang Korea ialah Teh Ginseng dan Teh hijau.

Teh juga bagus untuk penurunan berat badan, melawan jerawat dan boleh melancarkan peredaran darah.

 

Jom mula minum teh setiap hari.

2 Face Yoga

Seperti badan kita, muka juga perlukan senaman. Orang Korea bukan setakat kulit je cantik, bentuk muka pun cantik. Ramai juga wanita Korea yang tak buat pembedahan plastik dan sememangnya cantik.

Yoga muka ini boleh membantu menegangkan kulit yang kuyu dan kendur supaya sentiasa nampak muda. 

Salah satu yang paling senang anda boleh cuba ialah kaedah AEIOU.

  • Menyebut huruf vokal dengan kuat dan cara yang berlebihan
  • Memberi tumpuan pada setiap huruf
  • Ulang-ulang sebut A-E-I-O-U secara perlahan-lahan

Amalkan setiap hari dan kalau boleh ketika bersendirian bagi mengelak dicop gila.

 

3 Tap produk penjagaan kulit anda, jangan gosok

Ini adalah perkara biasa yang kita selalu dengar, cara mereka menggunakan produk ialah meletakkan sedikit demi sedikit menggunakan jari sebelum meratakan kepada keseluruhan wajah dalam gerakan membulat

Kemudian, tap muka anda atau tampar perlahan-lahan. Bagi mereka proses ini akan menyebabkan produk menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik.

Tapi janganlah tampar muka sampai tinggalkan bekas jari, biasa-biasa sahaja.

 

4 Guna Rubber Mask 2-3 kali seminggu

Rubber mask ini memang terkenal di kalangan penduduk Korea anda produk ini baru sahaja mendapat sambutan di Malaysia.

Mask jenis ini mempunyai keupayaan untuk menutup penjagann kulit muka anda serta menghalangnya daripada menyejat ke udara.

Kalau anda nak cuba, boleh guna brand Reverie (tempatan) atau Dr Jart+.

5 Cuci muka selama seminit dan bilas dengan air sejuk

Ini adalah tip dari orang Korea sendiri, mereka mencuci muka dengan produk selama seminit serta basuh menggunakan air sejuk dan bukannya air suam.

Jadi bagi sesiapa yang idamkan kulit persis pelakon dan artis korea boleh la cuba tip di atas.

Baca Juga: Tiga sebab kenapa kulit muka lelaki lebih cantik berbanding wanita

Baca Juga: Anak Zahid Hamidi ‘meletup’ jadi bualan warganet