Wanita mengaku tidak pernah amalkan ajaran Islam, pemohonan semakan murtad ditolak

Wanita mengaku tidak pernah amalkan ajaran Islam, permohonan semak kehakiman kes permohonan murtad ditolak. Mahkamah menolak permohonan wanita berkenaan pada bulan lalu, bagaimanapun alasan penghakiman hanya diperoleh 1 Julai lalu.

Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa mahkamah sivil tiada bidang kuasa untuk menyemak keputusan mahkamah syariah dalam kes membabitkan permohonan murtad lapor Harian Metro.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan demikian selepas menolak permohonan seorang wanita untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung tindakannya untuk keluar daripada agama Islam.

Menurut hakim itu, Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa mengikut Perkara 121(1A) kepada mahkamah syariah untuk menentukan kes membabitkan permohonan untuk keluar daripada Islam.

Ibu benar pilih agama sendiri

Wanita itu yang dilahirkan Islam, mendakwa tidak pernah mengamalkan ajaran Islam yang mana ibunya membenarkannya memilih agama, sehubungan itu memohon perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada 2018 untuk mendapatkan perintah keluar daripada Islam kerana mahu mengamalkan ajaran Buddha.

Mahkamah Tinggi Syariah kemudian memerintahkannya menghadiri 12 sesi kaunseling sebelum menolak permohonan wanita terbabit keluar daripada agama Islam pada tahun 27 Julai 2020 serta memintanya mendapatkan lebih banyak kaunseling. Keputusan berkenaan kemudian dikekalkan Mahkamah Rayuan Syariah.

Antara alasan yang diberikan yang Mahkamah Tinggi Syariah dalam menolak permohonan itu ialah wanita terbabit dilahirkan oleh pasangan beragama Islam dalam perkahwinan yang sah oleh hukum syarak.

Beliau kemudian merujuk kepada mahkamah sivil untuk membatalkan keputusan mahkamah syariah dengan mendakwa keputusan berkenaan melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.

Sementara itu, Ahmad Kamal berkata, pemohon menuntut untuk keluar daripada Islam dan jelasnya perkara itu membabitkan bidang kuasa mahkamah syariah, dan permohonan kebenaran semakan kehakiman pula adalah untuk menyemak keputusan mahkamah syariah.

Beliau berkata, mahkamah syariah tidak salah ketika memutuskan permohonan pemohon dan keputusan itu bukan bidang kuasa mahkamah sivil untuk memutuskannya.

“Apa kuasa mahkamah sivil untuk menyemak keputusan mahkamah syariah yang mana ia tiada bidang kuasa sejak awal lagi. Saya berpandangan bahawa hujahan peguam pemohon tiada sebarang merit, mahkamah syariah tidak bertindak ultra vires (melanggar kuasa undang-undang) ketika membuat perintah dan perintah itu juga sah.

“Selepas menimbangkan permohonan ini, saya berpendapat ia tidak boleh didengar melalui semakan kehakiman. Pemohon juga gagal menunjukkan bahawa keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah adalah akibat daripada menyalahi undang-undang, tidak munasabah atau tidak rasional dan tidak wajar dari segi prosedur.

“Di samping itu, saya juga mengulangi bahawa pemohon gagal menunjukkan hujahan yang boleh diterima untuk mendapatkan perintah pada peringkat kes substantif. Perintah yang diminta oleh pemohon juga adalah bersifat remeh,” katanya.

Mahkamah turut menolak permohonan itu dengan kos RM2,000.

Semakin ramai yang murtda kerana tidak dibesarkan dalam Islam, adakah ibu bapanya mengamalkan pergaulan bebas sehingga membenarkan anak sendiri keluar agama atau ibu bapanya sendiri tidak pernah mengamalkan gaya hidup Islam.

Baca Juga: 42 ajaran sesat dikesan di Johor dalam tempoh 21 tahun

Baca Juga: Tutup terus kelab komedi hina Islam dan Melayu