Setiap wanita pastinya mahu bapanya menjadi wali dalam perkahwinan mereka namun buat mereka yang mualaf ia adalah tidak sah jika bapa kandung yang bukan Islam menjadi wali. Ini adalah kerana syarat sah wali nikah yang pertama ialah Islam.
Seorang lelaki Izz (@soyoulikeheart) bertanyakan soalan di Twitter mengenai wanita mualaf yang ingin berkahwin, sama ada mereka boleh gunakan ayah kandung bukan Islam sebagai wali ataupun tidak.
“Ada soalan, kalau wanita mualaf dan bapanya bukan Islam, boleh ke kalau dia nak kahwin berwalikan bapanya yang bukan Islam?
“Bagaimana pula kalau bapa dia enggan menjadi wali untuk pernikahan, sama ke dengan konsep dengan perempuan yang memang dah Islam.”
Ramai yang membalas pertanyaan tersebut dengan memaklumkan bahawa ia adalah tidak sah bagi perkahwinan tersebut kerana syarat sah wali nikah ialah Islam, baligh, berakal, adil dan merdeka.
https://twitter.com/soyoulikeart/status/1582287803718979586?s=20&t=JgXTuyL4XBfH40TOpaHlVQ
“Syarat sah wali kena Islam. Ayah dia menentang perkahwinan sekalipun tidak menjadi masalah. Mahkamah akan bagi wali hakim yang dilantik,” komen Syaz.
“Sebelum wali hakim, kena cari mahram beragama Islam dahulu. Kalau tiada baru boleh cari wali hakim,” komen Haziq.
Jadi menjawab pertanyaan, ia bukanlah masalah untuk wanita mualaf meneruskan perkahwinan walaupun dihalang bapa kandung namun lebih elok mendapat restu ibu bapa walaupun sudah berlainan agama.
Baca Juga: Anwar bertegas tuntut kerajaan beri penjelasan dakwaan kemasukan Mossad dalam negara
Baca Juga: 600 android box dirampas, langgar hak cipta