Wanita tanggung biawak hidup sepanjang perkahwinan, suami minta RM10,000 tebus talak

Wanita tanggung biawak hidup sepanjang perkahwinan, suami minta RM10,000 tebus talak. Bukan sahaja itu, lelaki itu turut menegaskan bahawa segala hutang tidak boleh dituntut.

Inilah lelaki yang paling dayus pernah wujud di muka bumi. Wanita tersebut mendakwa terpaksa menanggung suami temasuklah perbelanjaan harian keluarga disebabkan sikap pemalas pasangannya itu.

Menurut Kosmo! Online, perkara ini dikongsikan semula oleh seorang pakar motivasi, Akhtar Syamir menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam.

Ambil balik mas kahwin yang diberikan

Melihat pada tangkap layar kiriman mesej yang dihantar wanita terbabit, dia memaklumkan suaminya itu sanggup ‘mencuri’ mas kahwin yang telah diberi kepadanya sehingga menyebabkan wanita itu bertekad untuk berpisah sejak dua tahun lalu.

“Sepanjang nikah dengan dia, duit saya yang keluarkan, duit saya dia guna, duit mas kahwin RM10,000 pun dia guna, kakak dia gunakan saya, masih ada hutang tak diselesaikan,” kongsinya di kiriman mesej.

Jelas wanita itu lagi, disebabkan tidak dapat menggunakan taklik dan fasakh, dia terpaksa memohon kaedah tebus talak.

“Saya tanggung makan minum dia, saya nikah 2018, 2022 saya failkan cerai, taklik dan fasakh tak lepas, jadi saya mohon cerai cara biasa,” ujarnya.

Mahu RM10,000 dan tiada hutang dituntut

Bagaimanapun, dia turut meluahkan rasa terkilan apabila suaminya ingin meminta RM10,000 selain melarang untuk menuntut sebarang hutang sepanjang perkahwinan mereka.

Tambahnya, dia berasa kecewa kerana perlu berhabis wang berpuluh-puluh ribu demi mendapat keadilan terhadap dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan nasib wanita itu dan mendoakan agar dia terus tabah menempuh ujian hidupnya.

Begitu senang hidup ditanggung orang, ingat duit tu petik dari pokok. Patutnya manusia begini yang dikenakan penjara bukan sebab tukar tarikh lawat anak.

Baca Juga: Mahu perkahwinan gah tapi takut muflis, wanita minta RM16,000 daripada tetamu yang hadir

Baca Juga: “Kerajaan cetak wang banyak-banyak pun boleh jadi inflasi” – Syarikat pelaburan perjelas isu inflasi yang ramai keliru