Warga emas ditahan lakukan persetubuhan dengan kucing hingga mati

Warga emas ditahan lakukan persetubuhan dengan kucing hingga mati. Tidak hanya melempiaskan nafsu kepada manusia, kini binatang menjadi mangsa.

Warga emas itu didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertubuhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan kucing, minggu lalu.

Menurut Harian Metro, tertuduh, Janting anak Keling, 63, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Janting dikatakab melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan kucing hingga menyebabkan kucing itu mati.

Kesalahan itu dilakukan di taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, 4.30 pagi, 16 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Tertuduh dikatakan sedang menumpang di rumah anak perempuan jadi dia tidak mempunyai duit untuk membayar wang jaminan.

“Saya baru datang ke Johor Bahru dari Sarawak dan tiada pekerjaan. Saya juga menumpang di rumah anak perempuan,” katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Mei nanti bagi penyerahan dokumen.

Baca Juga: Wanita kongsi 5 tips pilih ayam segar

Baca Juga: Hembus nafas terakhir pada rakaat ke-20 tarawih