Waris ketujuh Mahsuri bersama ahli keluarganya bertandang lagi ke Langkawi meraikan Pertandingan Pakaian Klasik sempena Hari Mahsuri.
Wan Aishah Wan Nawawi, 37, berkata, dia mendapat sambutan baik penduduk Langkawi semasa hadir ke program yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-20 Langkawi SkyCab di Oriental Village.
“Setiap kali ke Langkawi, tempat pertama yang saya melawat adalah Makam Mahsuri. Saya rasa seperti pulang ke rumah setiap kali ke Makam Mahsuri,” lapor Utusan Malaysia.
Wan Aishah ditemani suaminya, Alee Tongyon, 40, dan anak lelaki mereka, Abdul Matin Alee, 6.
Mereka disambut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib.
Wan Aishah, keturunan ketujuh Mahsuri dikatakan menamatkan sumpahan Mahsuri pada pulau lagenda itu apabila pulau tersebut mendapat status bebas cukai setahun selepas dia dilahirkan pada 1986.
Sementara itu, Nasaruddin turut menyatakan kehadiran waris Mahsuri ke program tersebut akan membantu industri pelancongan di sini.
“Kita dapat menghayati dan mengenang kembali kisah Mahsuri yang begitu sinonim dengan Langkawi.
“Dengan kehadiran waris Mahsuri diharapkan dapat memberi bantuan dan sokongan kepada industri pelancongan di sini,” tambahnya lagi.
Baca juga Malang tak berbau, wanita ini maut selepas jatuh tebing setinggi 300 meter
Baca juga ‘Ghaib’ hampir 600 kg ganja tapi polis salahkan tikus pula